Zubaidah mendedahkan khidmat nasihat yang diberikan oleh Malaysia Football League (MFL) telah menambah keyakinannya membimbing pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu untuk mencatatkan keputusan yang baik musim lalu apabila berjaya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga.

Lebih tepat, Zubaidah menegaskan kaum hawa tidak perlu rasa takut untuk menunjukkan minat membimbing biarpun majoriti pemimpin bola sepak umumnya lahir daripada kalangan lelaki.

“Kita boleh lihat peranan kaum hawa dalam bola sepak Malaysia sekarang tidak lagi hanya di belakang tabir.

“Saya masih ingat lagi ketika saya dilantik sebagai Presiden PKNS FC, saya agak terkejut kerana saya tidak tahu banyak dalam bola sepak negara.

“Pada tahun pertama, ada segelintir pihak boleh cuba ‘goreng’ saya tetapi kini dengan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh MFL, saya sudah yakin dan berani bahawa pemimpin wanita mampu berikan impak kepada bola sepak tempatan.

“Impian saya adalah saya mahu melihat akan lebih ramai lagi kaum hawa yang menunjukkan minat mendalam terhadap sukan bola sepak Malaysia akan tampil ke depan menjadi pemimpin,” katanya ketika ditemui di Taklimat Pasukan Liga Malaysia (Liga-M) di Johor Bharu, baru-baru ini..

Selepas dilantik menjadi presiden kelab bola sepak itu pada 2014, Zubaidah, 57, mengakui beliau tidak lagi melihat ke belakang biarpun mendedahkan rasa terkejut apabila tidak memiliki pengalaman serta pengetahuan luas mengenai sukan bola sepak. - K! ONLINE