Kedua-dua ikon silat dunia itu tidak akan terbang ke Filipina ekoran kategori mereka tidak dipertandingkan pada temasya dwitahunan berkenaan.

“Saya mahu mengekalkan rekod bersih di kejohanan Sukan SEA sebab sebelum ini saya pernah menang dua emas dalam edisi 2015 serta 2017. Biarpun tanpa kehadiran mereka (Al-Jufferi dan Siti Rahmah), saya dan pasukan mahu buktikan bahawa tidak mustahil kami mampu mencapai sasaran. 

“Sepanjang dua kemenangan emas saya terdahulu, mereka bersama saya. Tetapi tidak bermakna tanpa mereka kali ini, saya dan rakan-rakan lain yang baru tidak boleh buat. Kami akan buktikan keupayaan kami. 

“Masa di Sukan SEA Singapura pun saya atlet baru tapi saya boleh menang. Apa yang penting, kami dapat kawal emosi ketika pertandingan,” katanya dalam sidang media Sukan SEA di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Untuk Sukan SEA 2019 yang bakal membuka tirainya pada 30 November hingga 11 Disember itu, pasukan silat negara menyasarkan tiga pingat emas.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Petaling Jaya, Selangor berkenaan enggan memikirkan tentang sikap berat sebelah pengadil perlawanan, sebaliknya mahu memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Pengadil itu perkara kedua, saya tidak mahu ada perasaan negatif ketika beraksi jika terlalu fikirkan mereka. Jadi perkara utama ialah persembahan yang bakal saya tunjukkan. Saya mahu pastikan saya mendapat kemenangan mutlak, jadi tidak akan ada benda yang boleh diubah,” ujarnya. - K! ONLINE