RONALDO masih belum menemui sentuhan gol dalam tiga aksi Serie A bersama Juventus musim ini.

Menurutnya, semua pemain Juventus akan memastikan Ronaldo mencipta jaringan dalam Serie A selepas dia sekali lagi gagal menemui penyudah awal pagi semalam.

Aksi bertemu Parma itu menyaksikan, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu terus kemarau gol biarpun Juventus berjaya mencatat kemenangan 2-1.

Kapten Portugal itu berjaya me­lakukan 23 percubaan ke arah pintu gol dalam tiga perlawanan tetapi kesemuanya gagal merobek gawang.

Pemain berusia 33 tahun itu cuba mencari gol ketika aksi menentang Parma menerusi lapan percubaan, namun hampa. Matuidi percaya Ronaldo akan kembali me­nemui sentuhan penyudah sedikit masa lagi.

“Dia adalah seorang pemain yang baik dan mampu menjaringkan gol. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa Ronaldo sangat penting untuk pasukan ini.

“Dia tidak bernasib baik hari ini (awal pagi semalam) tetapi kami pemain Juventus berjanji untuk membantunya mencari gol pada perlawanan akan datang.

“Mungkin dia tidak begitu selesa kerana masih gagal menjaringkan gol tetapi saya percaya masanya akan sampai,” katanya,

Pada aksi tersebut, Mario Mandzukic meledak gol pembukaan Juventus seawal minit ke-2 sebelum Gervinho menyamakan kedudukan untuk Parma pada minit ke-33.

Gol kemenangan Juventus hadir menerusi sentuhan Matuidi yang menyudahkan peluang terhidang pada minit-58 untuk membantu pa­sukannya mengekalkan rekod kemenangan dalam tiga perlawanan untuk mengungguli puncak Serie A ketika ini. – Agensi