“Indonesia berdegil untuk melakukan undian secara elektronik yang dikhuatiri mampu dimanipulasi dengan memberi kelebihan kepada mereka.

Justeru, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu undian tersebut dilakukan secara menual melalui cabutan undi yang mampu dilihat oleh semua kontinjen.

“Kami sudah biasa dengan taktik Indonesia yang mahu memberi tekanan kepada Malaysia. Jadi pasukan tuan rumah akan lakukan apa sahaja bagi memastikan mereka mampu meraih emas.

“Saya telah merasai masalah ini sewaktu Kejuaraan Dunia di Bali (2016), mereka sudah menggunakan sistem ini yang memihak kepada mereka apabila berdepan dengan pasukan mudah.

“Bagi saya tidak adil buat semua pasukan apabila terpaksa berdepan laluan sukar dan sudah pasti mereka akan letih sebelum mampu ke final.

“Jika undian secara digital ini diteruskan saya hanya mahu skuad negara berhati-hati dan bekerja keras seawal pusingan pertama,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Arena silat buat pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Asia yang akan me­nyingkap tirai Khamis ini dengan skuad kebangsaan menyasarkan untuk membawa pulang tiga emas, dua perak dan lima gangsa.