Atlet berusia 27 tahun itu yang baru sahaja meraih pingat gangsa dalam acara 4 kilometer kejar-mengejar pada Kejohanan Trek Berbasikal Britain, Januari lalu kini serius menjalani latihan bagi memastikan impian tersebut tercapai.

Bagaimanapun, John me­ngakui tekanan yang diterima adiknya yang juga merupakan pemegang pingat emas Olimpik acara kejar-mengejar berpasukan 2016 lalu lebih berat memandangkan Katie adalah prospek pingat untuk negaranya.

“Agak menarik apabila setiap kali saya diperkenalkan, mereka akan menyebut saya sebagai John atau abang kepada Katie. Saya akan cuba untuk menempa nama atas kejayaan sendiri tanpa dibayangi adik saya.

“Bagaimanapun, saya sangat berbesar hati dikaitkan dengan seorang juara dunia dan juara Olimpik. Sebenarnya, kami tidaklah bersaing sesama sendiri tetapi sebenarnya memberi sokongan antara satu sama lain.

“Mungkin kerana dia berada dalam kelas berbeza dengan saya. Kemampuannya sangat luar biasa dan ia membuatkan saya rasa tercabar dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripadanya,” katanya. – Agensi