Melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Perak dalam pertembungan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, kelibat Akhyar sudah pastinya menjadi tumpuan.

Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa berkata, pasukan Harimau Selatan akan membariskan kesebelasan pemain terbaik untuk menentang The Bos Gaurus.

"Ya, Akhyar kini dalam prestasi terbaik dan sudah pastinya kita akan menurunkan pemain baharu kita untuk digandingkan dengan Safawi Rashid.

"Akhyar dan Safawi adalah pemain fantastik, kita berharap mereka akan memberikan satu persembahan perlawanan yang bagus.

"Ini adalah kombinasi terbaik untuk kita memastikan permulaan Liga Super musim ini memihak kepada kita dan sekaligus kita kekalkan Piala Sumbangsih di sini," katanya. - K! ONLINE.