Dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin itu, Pablo Pallares membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-14 apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun menemui rentak dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Luciano Figueroa yang bijak memanfaatkan sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-29.

Pasukan gergasi Liga M itu terus menggandakan asakan dan akhirnya JDT menemui gol kemenangan menerusi tonggak pertahanan import, Marcos Antonio selepas memanfaatkan hantaran La’Vere Corbin-Ong pada minit ke-58.

Skuad Helang merah cuba mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan, namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka tirai Liga M dengan menjuarai Piala Sumbangsih dan tiga mata penting untuk aksi pertama Liga Super.