Bagaimanapun bekas pengendali Borussia Dortmund itu mahu skuad The Reds berhati-hati ketika melancarkan serangan kerana Spurs dilihat berada pada motivasi yang tinggi selepas berjaya membenam Manchester United minggu lalu.

“Impian untuk menjadi juara liga sudah berakhir pada musim ini. Tetapi jika Liverpool berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik, itu adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Saya faham para penyokong mahukan sebuah piala, tetapi kami tidak boleh merealisasikan impian tersebut kerana disekat oleh Manchester City yang ber­belanja mewah pada musim ini.

“Kami tetap berdepan dengan situasi yang sukar untuk berada di kedudukan empat terbaik. Arsenal masih belum terkeluar daripada persaingan ini manakala Spurs pula hanya ketinggalan beberapa mata,” katanya.

Sebagai rekod, Liverpool kini menghuni kedudukan ketiga Liga Perdana England dengan 50 mata.

Mengulas lanjut, Klopp berjanji untuk menghadiahkan piala kepada Liverpool pada saingan musim depan.

“Liverpool akan lebih lengkap pada musim depan dan itu janji saya,” katanya. – Agensi