Negara ranking paling rendah kejohanan itu kini sudah mengutip enam mata selepas terdahulu mengejutkan pasukan No. 14 dunia, China 2-0 sewaktu aksi pembukaan pada Jumaat lalu.

Penyerang Gli Azzurri, Julian Montone muncul wira apabila meledak dua gol pada minit kesembilan dan 36 selain satu jaringan daripada Mattia Amorosini pada minit ke-47.

Wakil Eropah itu berpeluang mengesahkan tempat automatik ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan B jika berjaya menewaskan Malaysia pada aksi terakhir peringkat kumpulan malam esok.

"Kami sedar Malaysia adalah pilihan utama dan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri tetapi tiada yang mustahil seperti yang telah kami lakukan dalam dua perlawanan setakat ini," kata pengendali Itali, Roberto Da Gai.

Bagi pengendali Brazil, Claudio Rocha, beliau kecewa menyaksikan kerapuhan benteng pertahanannya yang membenarkan jentera serangan Itali melakukan serangan balas sepanjang perlawanan sebentar tadi. - K! ONLINE