Pemain tengah Real Madrid tersebut yang menang Anugerah Bola Emas pada kempen Piala Dunia Rusia 2018 lalu meskipun Croatia tewas pada aksi final kepada Perancis kini dikaitkan akan meninggalkan Santiago Bernabeu untuk beraksi di Serie A bersama Spalletti.

Beberapa minggu kebe-lakangan ini, Inter dilihat tidak lagi berminat untuk mendapatkan Modric biarpun media melaporkan kap-ten skuad kebangsaan Croatia tersebut sedang menunggu tawaran dari pasukan Serie A.

Sementara itu, Madrid mendedahkan mereka tidak akan melepaskan Modric me-lainkan ada pasukan yang sanggup membayar sebanyak €750 juta (RM3488.57 juta) sebagai klausa pelepasan pemain tersebut dan situasi itu menyebabkan Spalletti seper-ti enggan menerima tawaran berkenaan.

“Berkenaan perkara perlu ditanyakan kepada pengarah sukan dan bukan kepada saya.

“Saya enggan membuat sebarang permintaan untuk mendapatkan lagi pemain lain kerana kini saya gembira dengan pemain sedia ada dalam pasukan.

“Malah, pemain yang ada ketika ini adalah apa yang saya mahukan untuk menghadapi musim baharu bagi memberikan cabaran kepada saingan Serie A.

“Saya kini telah bersama pemain yang diinginkan selama ini. Jika ini adalah permainan komputer, sudah pasti mereka adalah pemain pilihan saya,” kata Spalletti. – Agensi