Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria mahu jaminan daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) supaya melepaskan dua pemain itu sekiranya dipanggil untuk menjalani sesi latihan pusat skuad kebangsaan Sang Garuda.

“Konflik ini bukan hanya melibatkan penyertaan kami dalam Sukan Asia 2018, tetapi sebagai tanggungjawab kami selaku tuan rumah temasya tersebut.

“Justeru, saya perlukan jaminan kedua-dua pemain tersebut akan menyertai sesi latihan skuad kebangsaan tanpa sebarang masalah pada kemudian hari,” katanya menerusi artikel yang disiarkan dalam portal berita Indonesia, Tribunnews kelmarin.

Sebagai rekod, FAS telah sah menandatangani khidmat Evan dan Ilham awal bulan lalu daripada pasukan juara Liga 1 Indonesia, Bhayangkara FC.

Evan dan Ilham difahamkan sepatutnya hadir menjalani sesi latihan bersama skuad Gergasi Merah pada 22 Disember lalu sebelum FAS menangguhkan sehingga Selasa lepas, namun kelibat mereka tidak kelihatan.