Pengurus pasukan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi menyifatkan pertemuan itu sebagai ujian sebenar buat skuad Sang Kancil sama ada mereka adalah sebuah pasukan yang benar-benar bersedia atau masih dalam mencari rentak.

Katanya, Melaka United sudah pasti mahu dilihat sebagai sebuah pasukan yang berbeza, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok pasukan yang digeruni pada musim ini.

“Dengan prestasi semasa yang ditunjukkan skuad bimbingan, Eduardo Almeida selepas menewaskan Kelantan pada perlawanan pertama Sabtu lalu, motivasi para pemain berada di tahap terbaik.

“Saya yakin mereka sudah pasti mahu kalahkan Selangor untuk membuktikan kemampuan dan seterusnya meningkatkan tahap permainan untuk menempatkan diri dalam barisan utama,” kata-nya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Mohd. Yusoff berkata, beberapa pemain turut dilihat kian menyer-lah serta mempamerkan mutu permainan berbeza dan lebih baik berbanding pramusim, sekali gus melegakan tekanan yang dihadapi Melaka United sebelum ini.

“Antaranya seperti penyerang, Yahor Zubovich serta Azmi Muslim di samping bahagian tengah dan pertahanan yang lebih bagus. Mereka memainkan peranan ma-sing-masing dengan baik dalam perlawanan sebelum ini.

“Kemenangan itu telah beri kita keyakinan lebih tinggi, namun kita tidak mahu mereka leka sebaliknya mengekalkan prestasi dan cuba dapatkan kemena­ngan untuk mengukuhkan kedudukan dalam liga,” katanya.