IBA Familia dikendalikan oleh jurulatih Nik Mazri Nik Him merangkul kejuaraan itu selepas menewaskan Bukit Tumbuh dari Teregganu dengan jaringan 1-0 dalam aksi final.

Sebagai juara pasukan IBA Familia membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM800, medal dan barangan produk Milo.

Manakala pasukan Bukit Tumbuh pula menerima hadiah wang tunai RM600, medal dan produk Milo.

Pengurus  pasukan IBA Familia, Dr. Mohamad Ibariyah berkata, dengan kejuaraan itu pasukannya layak terus untuk beraksi ke Grand Final yang akan diadakan di Subang Sport Planet, Kuala Lumpur pada Julai nanti.

Katanya, beliau berpuas hati dengan komitmen tinggi yang dipamerkan semua pemainnya dan membuktikan kehebatan masing-masing untuk merangkul juara.

"Saya paling teruja kita dapat menewaskan beberapa pasukan pilihan. Pemain telah mempamerkan bakat tersendiri dengan kepantasan, kawalan bola baik, kemahiran individu serta idea bernas.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain, jurulatih dan semua yang terbabit menjayakan kejohanan ini dan tidak lupa kepada ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,” ujarnya. - K! ONLINE