Menurutnya, kekalahan itu telah memberi pengalaman berguna buat para pemain biar­pun mereka sukar untuk menelan hakikat tersebut.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu tetap optimis mereka masih memiliki pe­luang untuk layak ke pusi­ngan suku akhir buat kali pertama di pentas Futsal AFC.

“Mereka perlu bangkit, bersemangat dan belajar daripada kesilapan ini. Inilah hukumannya jika kamu melakukan kesilapan ketika bermain di peringkat tertinggi,” ­katanya.

Pasukan tuan rumah mendahului tiga gol awal menerusi Lai Ming-Hui pada minit kelapan, Lin Chih-Hung (m-13) dan Chi Sheng-Fa (m-21), tetapi Azwann Ismail merapatkan jurang menerusi ja­ringan pada minit ke-27.

Benteng pertahanan Majestic Tigers sekali lagi dihukum oleh Ming-Hui (m-32), namun Awalluddin Nawi menjaringkan dua gol (m-33 dan m-36) sebelum Khairul Effendy Bahrin atau Ayon menyama­kan pada minit ke-38.

Namun impian skuad negara untuk meraih satu mata lebur selepas Chih-Hung menjaringkan gol kemenangan berselang seminit kemudian.