Tiga gol pasukan bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu diperoleh menerusi Nuraini Abdul Rashid pada minit keenam, Fatin Shafika Mahd. Sukri (m-8) dan Hanis Nadiah Onn (m-15).

Dua gol Perancis pula dijaringkan oleh Delfina Gasparini dan Guusje van Bolhuis masing-masing pada minit kesembilan serta 26.

Kemenangan itu membolehkan Malaysian Tigress menempah pertemuan dengan Korea Selatan di separuh akhir esok. - K! ONLINE