Dua gol skuad hoki negara diperoleh menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd. Jalil dan Faizal Saari masing-masing pada minit ke-27 serta 40.

Selepas berjaya meledak dua gol, skuad bimbingan Roelant Oltmans itu memilih untuk memperlahankan rentak dengan bermain secara bertahan dan menanti asakan daripada Wales.

Mujur satu gol Wales dijaringkan oleh Luke Hawker pada minit ke-56 sudah terlambat menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Austria di separuh akhir pada Jumaat ini.

Wales pula terpaksa menerima hakikat menentang China dalam penentuan tempat kelima dan keenam malam esok. - K! ONLINE