Malaysia, No. 22 dunia, terpaksa akur tewas tipis 1-2 kepada pasukan ranking kelapan dunia itu dalam aksi pembukaan Kumpulan A Final Siri Hoki Dunia 2019 di Banbridge, Ireland Utara sebentar tadi.

Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu ketinggalan dua gol terlebih dahulu kepada Ireland menerusi Beth Barr dan Kathryn Mullan pada minit keempat serta 39.

Malaysia berjaya bangkit merapatkan jurang melalui jaringan Siti Zulaikha Husain pada minit ke-55, namun ia sudah terlambat dan kedudukan 1-2 itu kekal hingga tamat permainan.

Skuad negara akan meneruskan aksi kedua Kumpulan B menentang Singapura esok.

Sebagai rekod, Malaysia perlu melangkah ke pentas final untuk meraih salah satu daripada dua tiket ditawarkan ke pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada November depan. - K! ONLINE

Para pemain Ireland meraikan jaringan kedua menewaskan Malaysia 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan APara pemain Ireland meraikan jaringan kedua menewaskan Malaysia 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Final Siri Hoki Dunia sebentar tadi.