Presiden KLHA, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli gabungan persatuan itu mengenai perkara tersebut selepas sebulan kepimpinan baharu mengambil alih badan induk sukan hoki Kuala Lumpur berkenaan.

“MHL adalah kejohanan berprestij peringkat tempatan. Jadi saya fikir mahu menghantar pasukan menyertainya tetapi mungkin akan ada campuran pemain tempatan dan luar negara.

“Kami sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan saya akan memaklumkan perkembangannya selepas ini,” katanya sewaktu Majlis Rumah Terbuka KLHA di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan sama, Megat D. Shahriman juga mendedahkan perancangan KLHA untuk mengadakan kejohanan antarabangsa antara bandar-bandar selepas ini.

“Perancangan awal membabitkan kelab hoki dari Melbourne dan Korea Selatan kerana mempunyai banyak pasukan hebat di bandar negara-negara berkenaan.

“Saya juga akan membincangkan mengenai aspek pembangunan melihatkan KLHA dengan hoki Australia. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada persatuan-persatuan yang lain tetapi keutamaan diberikan kepada KLHA,” jelasnya. - K! ONLINE