Kanada mara dengan kemenangan 3-1 ke atas China menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 3-3 dalam tempoh 60 minit aksi crossover di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiga gol skuad bimbingan Gregg Clark itu dijaringkan Oliver Scholfield pada minit ke-16, Ian Smythe (m-47) dan Sukhi Panesar (m-51).

China yang menduduki ranking ke-14 dunia mendapat tiga gol menerusi Du Talake seawal minit keempat, Tu Yuan Lin (m-45) dan Su Lixing (m-50).

Penjaga gol Kanada, David Carter muncul wira Kanada selepas menafikan tiga penalti daripada China dalam penentuan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Kanada akan berhadapan juara Kumpulan B yang sudah mencipta tiga kejutan berturut-turut setakat ini iaitu ranking ke-32 dunia, Itali dalam aksi separuh akhir pada Jumaat ini. - K! ONLINE