Skuad hoki wanita Polis Diraja Malaysia itu memperoleh gol tunggal menerusi Nadia Abdul Rahman (M-21) manakala Liaoning yang merupakan kelab jemputan dari China, meledak dua gol melalui jaringan Chen Yiming pada minit ketujuh dan ke-14.

Blue Warriors kini tiada cara lain selain bangkit mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya dengan keputusan dua gol sewaktu aksi timbal balik di Stadium Tun Razak, Jalan Duta pada Khamis ini jika mahu melangkah ke pentas final musim ini.

Sementara itu, juara baharu Liga Hoki Wanita Malaysia 2019, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) sudah sebelah kaki ke pentas final selepas menang 4-2 ke atas PKS Uniten sebentar tadi hasil dua gol Siti Rahmah Othman dan masing-masing satu daripada Man Meet Kaur serta Siti Noor Amarina Ruhani.

Dua gol PKS Uniten pula dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn dan Nur Zafirah Aziz. - K! ONLINE