Negara ranking ke-27 dunia itu perlu mencipta kejutan dengan menewaskan China untuk muncul pasukan tempat ketiga terbaik Kumpulan B.

Brazil dilihat berada pada landasan tepat apabila berjaya mendahului pasukan ranking ke-14 dunia itu dengan dua gol awal melalui Yuri van der Heijden dan Joaquin Lopez pada minit ketujuh serta 10.

Bagaimanapun, ia tidak semudah disangka Brazil apabila China yang pernah melangkah ke pusingan crossover Piala Dunia 2018, bangkit meledak tiga gol untuk memenangi perlawanan tersebut 

Tiga gol skuad kendalian Kim Sang Ryul itu dijaringkan oleh Su Lixing pada minit ke-13, Tu Yuan Lin (m-45) dan Dong Yang (m-56).

Tiga mata berharga itu menyaksikan China meraih slot penentuan playoff ke separuh akhir pada Rabu ini.

Brazil pula terpaksa akur bermain dalam penentuan dua pasukan tercorot kejohanan iaitu tempat ketujuh dan kelapan menentang Belarus pada Khamis ini. - K! ONLINE