Terdahulu, RFEF membuat keputusan mengejut dengan memecat Julen Lopetegui dua hari sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Portugal, Jumaat ini.

Presiden RFEF, Luis Rubiales menyifatkan sikap Lopetegui yang bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu Real Madrid meskipun masih memiliki kontrak bersama skuad kebangsaan sebagai malapetaka.

"Kami terpaksa mengambil keputusan ini secara mendadak demi kebaikan dan keharmonian skuad kebangsaan. Saya harap yang terbaik buat mereka pada kempen Piala Dunia 2018 nanti," kata Rubiales. - Agensi