Pelumba berusia 19 tahun itu dipanggil menyertai pasukan Musashi selepas tampil cemerlang bersama pasukan SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team selepas muncul Juara Asia kelas Underbone 150cc.

Lebih menarik, Helmi a­kan menggantikan tempat Mohd. Zaqhwan Zaidi selepas pelumba ter­sebut beraksi untuk kelas SB1000 (Asia Superbike) bersama pasukan Asia Dream Racing.

“Saya sangat teruja da­pat beraksi bersama pasukan Musashi kerana mereka merupakan pasukan berpengalaman besar. Saya akan melakukan yang terbaik seperti musim ini dan akan bekerja keras untuk memenangi setiap saingan.

“Meskipun ia cabaran baharu dalam karier tetapi saya sedia mengambil cabaran ini. Saya akui akan ber­de­pan kesukaran mengendali jentera lebih besar tetapi saya harap dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat,” kata Helmi kepada Kosmo! semalam.

Helmi akan bergandingan dengan Azroy Hakeem Anuar untuk menunggang serta menguji jentera tersebut hari ini di Buriram, Thailand.

Helmi muncul selaku Jua­ra Asia selepas mengumpul 197 mata, manakala tempat kedua menjadi milik pelumba senegara, Izzat Zaidi dengan 130 mata (RCB Yamaha YY Pang Ra­cing) dan kedudukan ke­tiga diraih pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Ahmad Fazli Sham selepas me­ngumpul 117 mata.