Pemain berusia 27 tahun tersebut dilihat tidak berpuas hati dengan taktikal yang dipamerkan skuad The Blues sekali gus gagal mengutip tiga mata penuh ketika beraksi di Etihad.

Pada saingan tersebut, Chelsea seakan-akan hilang tumpuan apabila gagal melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol pasukan tuan rumah malah hanya menca­tatkan 29 peratus penguasaan bola di dalam padang.

Bintang Belgium itu dilihat tertekan apabila dikeluarkan untuk digantikan dengan Alvaro Morata pada minit ke-80, namun pertukaran tersebut tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.

“Kami mampu untuk bermain dalam tempoh tiga jam, namun ia seakan-akan tidak berguna kerana saya langsung tidak dapat menyentuh bola dan kea­daan hanya menjadi baik pada penghujung permainan.

“Pada 15 minit perlawanan sebelum tamat kami mula menguasai perlawanan tetapi ia sudah terlambat untuk kami mengatur semula saingan. Berdepan City bukan satu tugas yang mudah,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea ketinggalan lima mata di belakang peng­huni kedudukan keempat liga, Tottenham Hotspur dengan saingan liga berbaki sembilan perlawanan. – Agensi