Pemain skuad kebangsaan Argentina tersebut berjaya membuka tirai aksi kedua EPL musim ini dengan baik selepas meledak hatrik ketika City meraih kemenangan besar 6-1 ke atas Huddersfield Town kelmarin.

Ia merupakan hatrik kesembilan Aguero pada saingan EPL dan jumlah tersebut meletakkannya di belakang Alan Shearer, malah prestasi cemerlangnya itu hadir selepas dia turut menjaringkan kedua-dua gol ketika City menang 2-0 ke atas Chelsea pada aksi Piala Perisai Komuniti baru-baru ini.

Biarpun Aguero merupakan penjaring terbanyak City musim lalu tetapi dia bukan menjadi pilihan utama Guardiola memandangkan dia hanya diturunkan untuk 22 aksi EPL ekoran mengalami masalah kecederaan.

Bagaimanapun, Guardiola kini dilihat akan memberikan tanggungjawab lebih besar buat pemain berusia 30 tahun tersebut selepas Aguero sudah berada pada tahap terbaik dan pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan lutut.

“Sejak dia kembali menyertai pasukan, pertama sekali Aguero memberikan kejutan kepada saya berdasarkan aksi yang dipamerkannya sangat baik.
“Pihak perubatan banyak membantunya berikutan Aguero sering berdepan beberapa masalah kecederaan sehingga menyebabkan dia terpaksa diketepikan daripada pasukan musim lalu.

“Dia bukan sekadar menjaringkan gol, sebaliknya mampu melakukan um-panan gol kepada pemain lain, bahkan setiap gerakan dan hantarannya sudah cukup sempurna buat City.

“Apabila situasi ini berlaku, saya berani katakan Aguero merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia dan saya tidak mempunyai keraguan untuk meletakkannya dalam kese-belasan utama pada setiap perlawanan.

“Sejak dia bersedia kembali beraksi bersama pasukan pada perlawanan Piala Perisai Komuniti dan sete-rusnya berdepan Arsenal, hari ini (kelmarin) dia sangat sempurna apabila melakukan hatrik ketika menentang Huddersfield,” kata Guardiola. – Agensi