HAMILTON mengakui gagal memberikan aksi yang terbaik di Kanada, namun berjanji untuk memperbaiki prestasi dalam misi memburu gelaran dunia musim ini.

Ketika aksi pada minggu lalu di Grand Prix (GP) Kanada, Hamilton melakukan kesilapan di selekoh kesembilan pada sesi latihan kedua (FP2) hingga melanggar tembok dan menyebabkan tayarnya pancit selain dia juga dilihat tidak beraksi dengan baik pada sesi kelayakan. Namun, pelumba itu kembali bangkit dan memulakan perlumbaan di petak kedua.

Justeru, Hamilton menegaskan dia enggan kesilapan terus berulang dan mahu tampil dengan pemanduan yang lebih baik untuk terus meraih kemenangan bersama Mercedes musim ini.

“Saya tidak tahu (apa yang berlaku kepada Ferrari). Saya tidak membezakan diri saya dengan pelumba lain.

“Saya hanya berusaha untuk beraksi dengan lebih baik dan mengurangkan kesilapan sepanjang perlumbaan musim ini.

“Ketika di Kanada, saya telah melakukan kesilapan pada sesi latihan kerana hilang sedikit fokus. Tetapi, saya berjaya memperbaiki masalah tersebut dan memperoleh catatan yang lebih baik pada sesi kelayakan.

“Pada 21 perlumbaan musim ini, kutipan mata dikira, malah tujuh mata, tiga mata. Ia (mata) meningkat. Justeru, saya berasa bangga,” kata Hamilton.

Hamilton kini selesa di puncak untuk meraih kemenangan dunia keenam miliknya selepas berada di hadapan dengan mengumpul 162 mata keseluruhan dan meninggalkan Vettel dengan perbezaan 62 mata yang kini menduduki tangga ketiga. – Agensi