Atlet berusia 26 tahun berkenaan meraih kemenangan bergaya dengan menumbangkan juara 2016 yang juga pemain pilihan ketiga, Garbine Muguruza dari Sepanyol dengan 6-1, 6-4 kelmarin.

Kejayaan tersebut bukan sahaja meletakkan pemain Romania itu selangkah lagi menghampiri impian­nya me­raih gelaran Grand Slam pertama, malah me­ngukuhkan kedudukannya di ranking pertama dunia.

Bagaimanapun, dia enggan terlalu yakin selepas tumbang kepada Jelena Ostapenko yang mencipta kejutan sebagai pemain Latvia wanita pertama merangkul gela­ran Grand Slam Terbuka Perancis tahun lalu.

“Kini, saya diberi peluang sekali lagi untuk berada di pentas final Terbuka Perancis. Saya berharap dapat beraksi lebih baik dan tidak me­ngulangi lagi kesilapan tahun lalu.

“Saya pernah tewas di pentas final kejohanan besar sebanyak tiga kali. Tapi, saya percaya pe­ngalaman akan mematangkan saya dalam permainan. Saya tak pasti sekiranya mampu mengubah kesudahan esok (hari ini) dengan kemena­ngan.

“Saya akan kekal dengan rutin saya. Dalam tenis, tiada apa yang mustahil, saya mahu berfikiran positif,” katanya. – Agensi