Baru-baru ini, Honda mempertikaikan peranti aerodinamik tambahan tersebut pada jentera Ducati Desmose­dici dengan mengemukakan protes kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

Justeru, sebagai tindak balas, Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna menjelaskan pasukannya akan melakukan perkara yang sama ke atas Honda.

“Jika empat pasukan boleh mempersoalkan tindakan sistem ini pada jentera kami, maka kami (Ducati) juga boleh melakukan perkara yang sama.

“Kami bercadang untuk membuat protes pada saingan Grand Prix (GP) Argentina terhadap Honda mengenai penggunaan sayap mereka yang saya fikir adalah paling berbahaya dan benar-benar me­langgar peraturan yang telah ditetapkan,” jelas Dall’Igna.

Ketika ini, empat pasukan iaitu Aprilia, KTM, Honda, dan Suzuki telah mengemukakan protes kepada Mahkamah Ra­yuan MotoGP terhadap Ducati selepas pelumba utamanya, Andrea Dovizioso menjulang kemenangan di GP Qatar.

Dall’Igna sebelum ini menyebut peranti pada jentera GP19 berfungsi untuk mengurangkan tekanan kepada tayar belakang, namun empat pasukan tersebut tidak mempercayai dakwaannya itu. – Agensi