Jaringan daripada Bernardo Silva dan Leroy Sane pada babak kedua perlawanan berjaya memberikan ke­selesaan buat pasukan itu yang kini kembali menerajui takhta EPL selepas berkelebihan satu mata ke atas pencabarnya, Liverpool.

“Saya tidak merasakan Li­verpool akan terlepas sebarang mata dalam tiga aksi terakhir mereka, namun kejuaraan EPL musim ini sudah berada dalam tangan City.

“Kami telah menang dalam semua 11 perlawanan terakhir EPL dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil usa­ha daripada semua pemain.

“Bagaimanapun, tugas kami masih belum berakhir kerana kami masih ada baki tiga lagi perlawanan sama seperti Liverpool.

“Mungkin City boleh meraikan kemenangan di Old Trafford tetapi apa yang lebih penting adalah kami perlu fokus untuk berdepan aksi berikutnya,” kata Guardiola.

City kini menggalas misi mencatat kemenangan dalam semua baki perlawanan bermula dengan pertemuan menentang Burnley hujung minggu ini.

“Saya tahu sekarang semua orang telah bercakap tentang kejayaan City dan sebagainya tetapi pemain perlu sedar mereka perlu bertandang ke tempat Burnley selepas ini,” ujarnya. – Agensi