Gol masing-masing dijaringkan menerusi N’Golo Kante, Jorginho dan Pedro Rodriguez berjaya menghadiahkan permulaan cemerlang kepada Sarri yang mengambil alih pasukan tersebut daripada Antonio Conte.

Biarpun disebut-sebut bakal mene­rapkan corak permainan seperti Na­poli di Chelsea, namun Sarri menegaskan, beliau lebih gemar menggunakan pendekatan berbeza serta bersesuai­an dengan kemampuan pemain sedia ada.

“Saya tidak akan menerapkan corak permainan Napoli di sini kerana ini adalah Chelsea. Saya menghormati keupayaan pemain, jadi saya perlu menggunakan corak permainan yang sesuai dengan mereka.

“Kami perlu baiki mana-mana ke­le­mahan yang ada, jadi saya harap pemain-pemain saya mampu tunjukkan peningkatan akhir bulan ini. Saya mahu satu pasukan yang mampu bermain dengan tempo tinggi,” kata Sarri.

Mengulas keputusannya tidak me­nu­runkan Eden Hazard dalam kese­be­lasan utama pada perlawanan itu, jurulatih kelahiran Itali tersebut meng­akui pemain antarabangsa Belgium berkenaan masih belum cergas sepenuhnya.

“Saya fikir Hazard belum cergas se­­penuhnya untuk bermain 90 minit, jadi keputusan terbaik adalah masuk­kannya sebagai pemain gantian dan bermain dalam tempoh 20 minit ke­ti­ka pihak lawan sudah keletihan,” ujar­nya. – Agensi