Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 melalui penyerang import mereka, Endrick Dos Santos.

Felda United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti oleh Thiago Agusta selepas dia dijatuhkan pemain Felcra FC, Mohd. Fazliata Taib.

Thiago sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol apabila tandukan cantiknya berjaya menewaskan penjaga gol Felcra FC, M. Fadzley Abdul Rahim pada minit ke-64.

Kapten pasukan The Fighter, Muhammad Shukor Adan menjadi penjaring ketiga pasukan pelawat apabila sepakan leret dalam kotak penalti berjaya menerjah jaring pasukan lawan pada minit ke-71.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah tidak berputus asa apabila berjaya marapatkan jurang gol pada minit ke-75 menerusi  pemain import mereka, Anselmo Arudda Da Silva.

Felda United meneruskan dominasi mereka apabila berjaya mencatat gol keempat menerusi pemain gantian, Muhammad Hadin Azman pada minit ke-83.

Skuad bimbingan, B. Sathianathan terus berpesta gol apabila pemain penyerang mereka, Gilberto Furtunato berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Endrick Dos Santos. - K! ONLINE