Pada aksi tersebut, pelumba berusia 28 tahun itu tewas kepada Guo Yufang dari China untuk merebut tempat ke pusingan suku akhir.

Kekalahan itu ternyata memberi tamparan hebat kepada Olimpian wanita negara tersebut lebih-lebih lagi apabila gagal meraih sebarang pingat pada kejohanan sama tahun lalu di New Delhi, India.

“Saya memang kecewa kerana saya sepatutnya boleh menang. Pada selekoh pertama tadi saya tidak perasan dia dapat meloloskan diri dari laluan bawah.

“Ini adalah satu kesilapan saya kerana cuai apabila membiar­kan dia memecut laju ke depan sehingga saya tidak mampu­ mengejarnya. Acara pecut su­dah tamat untuk saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Seorang lagi pelumba wanita negara, Farina Sha­wati Mohd. Ad­nan yang beraksi pada acara sama turut me­ngalami nasib serupa selepas disingkirkan oleh Hoi Yan Jessica Lee dari Hong Kong pada pusingan kedua.

Sebagai rekod, pada sai­ngan ACC kali ini, pe­lumba kelahiran Terengganu itu sudah berjaya meraih gangsa­ pada acara ujian masa individu 500 meter malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Fatehah berharap kesilapan yang dilakukan itu dapat ditebus pada acara keirin esok.

“Insya-Allah, saya akan cuba mendapatkan pingat untuk acara keirin. Pada acara tersebut, saya pasti akan pamerkan aksi terbaik kerana kejuaraan sama tahun lalu, saya tidak memberi pingat kepada negara. Saya akan cuba mengekang kemaraan pelumba dari Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong,” katanya.