Ketua Jurulatih Malaysian Tigress, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah memberikan gambaran positif mengenai peluang Ayuni, 29, selepas menerima perkhabaran gembira daripada salah seorang pengendali East Grindstead, Mary Booth.

“Saya difahamkan pengerusi kelab itu sudah memberikan surat tetapi saya masih menunggu e-mel daripada mereka.

“Kalau surat sudah sampai, (perjanjian) hitam putih juga akan ada dan wakil kelab itu memberi jaminan semuanya tiada masalah. Sekarang saya cuma tunggu surat dulu, barulah boleh berbincang langkah seterusnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.