Perkara tersebut jelaskan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas diajukan soalan apabila terdapat sumber mendedahkan usul tersebut telah dihantar supaya dibentangkan dalam kongres akan datang.

Pada masa sama, tarikh untuk mengemukan usul telah tamat 30 hari sebelum Kongres FAM ke-55 yang bakal berlangsung pada 13 Julai depan.

“Mengikut prosedur yang telah ditetapkan, sememangnya tarikh untuk ahli gabungan mengemukakan usul telah pun tamat.

“Pada masa sama, saya juga menafikan ada menerima usul berkenaan tidak puas  hati ahli gabungan terhadap Kevin,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri FAM di Kelana Jaya sebentar tadi.

Sementara itu, berkenaan geran tahunan, Hamidin memberitahu terdapat perkhabaran gembira bakal dimaklumkan oleh MFL dalam masa terdekat.

“Semua persatuan tidak perlu menekankan soal geran ekoran ia bukanlah satu perkara wajib sementara ia sekadar kontrak penyertaan antara pasukan dengan MFL.

“Bagaimanapun, dalam masa terdekat MFL bakal membuat pengumuman perkara tersebut berkenaan status geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding” jelasnya. - K! ONLINE