Perancang Sepanyol itu menuju ke arah penyokong selepas wisel penamat ditiupkan dan dilihat memberi penghargaannya terhadap mereka.

Fabregas masuk menggantikan Ross Barkley pada minit ke-68, namun tetap gagal membantu The Blues memenangi tiga mata.

Dia dikatakan semakin hampir menyertai Monaco pada musim perpindahan Januari ini dengan kontrak selama dua setengah tahun.

Kontraknya bersama Chelsea akan berakhir hujung musim ini dan dia dibenar meninggalkan Stamford Bridge jika terdapat sebarang tawaran yang memuaskan terhadapnya.

Media di Perancis pula melaporkan Monaco semakin hampir mencapai persetujuan dengan Fabregas dan sanggup menawarkan gaji lumayan termasuk bonus perpindahan sebanyak £9 juta (RM46.9 juta).

Selepas perlawanan pagi tadi, Fabregas sekali lagi memberi penghargaan istimewa kepada peminatnya dalam laman media sosial.

“Beraksi 500 perlawanan dalam bola sepak England, di liga yang terbaik dan paling kompetetif di dunia, ia sesuatu yang menakjubkan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini. Jumpa lagi di Stamford Bridge Sabtu ini,” tulis Fabregas. – Agensi