Musim ini, Hasegawa menerima pelbagai tekanan selepas berdepan kritikan mengenai unit kuasa dan pembekalan enjin yang tidak berkualiti kepada McLaren sekali gus membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama yang terjalin selama tiga tahun tersebut.

Bagaimanapun, Honda tetap membuat keputusan untuk terus mengeluarkan enjin yang berkualiti musim depan apabila akan bekerjasama dengan Toro Rosso bersaing dalam perlumbaan musim 2018.

Honda dikatakan akan melantik Toyoharu Tanabe sebagai pengarah teknikal dan akan memfokuskan pada perlumbaan serta sesi ujian pada jentera baharu yang akan digunakan musim 2018.

Tanabe telah bekerja bersama Honda sejak 1984 dan mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan F1 termasuk menjadi jurutera bersama McLa­ren serta sebagai ketua mekanik Jenson Button.

Ketua Pegawai Jenama dan Komunikasi Honda, Katsuhide Moriyama ber­kata, pembaharuan yang dilakukan pasukannya untuk meletakkan semula Honda serta Toro Rosso di satu tahap terbaik.

“Sebelum ini, ketua perlumbaan F1 Honda bertanggungjawab terhadap teknologi dan pembangunan jentera terus kepada pasukan. Namun, dengan melakukan penstruktu­ran semula ini, gerak kerja bahagian jurutera dan pasukan perlumbaan akan lebih teratur.

“Oleh itu, saya yakin Honda akan terus memberi saingan hebat dan penyokong akan lebih seronok melihat pasukan Toro Rosso-Honda bersaingan hebat tanpa sebarang gangguan yang tidak masuk akal,” ujarnya. 
– Agensi