Perlawanan final yang berlangsung di Sport planet Subang Jaya berkenaan menyaksikan Rusham FC tewas tipis 1-2 kepada SAA All Stars sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 manakala juara meraih RM15,000.

Pencapaian cemerlang itu telah memberi tuah kepada empat pemain pasukan tersebut apabila terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejuaraan Milo di Barcelona.

Penaung Akademi Rusham FC, Datuk Rusham Abu mengakui gembira dengan pencapaian pasukannya yang muncul sebagai pasukan kedua terbaik daripada 32 pasukan yang bertanding mewakili seluruh negeri.

“Indahnya rezeki Allah, Alhamdulillah kami telah meraih kedudukan kedua daripada 32 pasukan yang bertanding dari seluruh Malaysia.

“Empat pemain dari Akademi Bola Sepak Rusham FC terpilih mewakili negara untuk bermain di Barcelona namun mereka terpaksa menolak tawaran itu kerana perlu bermain dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Terima kasih kepada semua barisan jurulatih yang telah membentuk pasukan ini menjadi antara pasukan yang digeruni lawan,” katanya. - K! ONLINE