Shin Peng memastikan pingat emas pertama kategori lelaki itu menjadi milik Melaka selepas mengutip mata 9.48 mata, sekali gus mengatasi pencabar terdekat, Elvic Bong Qian Zhen dari Sarawak yang hanya ketinggalan 0.08 mata untuk meraih pingat perak.

Sementara pingat gangsa menjadi milik Terengganu menerusi Mohamed Afiq Danial Mohd. Firdaus Chua yang mencatatkan kutipan mata sebanyak 9.38 mata.

Sementara itu, Melaka melebarkan dominasi bagi kategori wanita apabila memenangi emas menerusi Tammy Tan Hui Ling (9.44 mata) yang mengatasi 0.04 mata pencabar terdekat dari Sarawak, Stephen Ngu Chai Ern, manakala atlet Perlis, Wong Kai Xin menjadi pemenang pingat gangsa dengan catatan 9.34 mata.

Pengurus Melaka, Yong Kheng Chien berkata: “Kami mensasarkan lima emas dalam sukan wushu dan saya lihat prestasi atlet sasaran itu dapat dicapai. Harap mereka tidak melakukan kesilapan untuk aksi esok dan Khamis." - K! ONLINE