Dalam aksi tersebut, Donnarumma berjaya menafikan sepakan penalti Camillo Ciano pada minit ke-50 perlawanan sebelum Milan memperoleh dua gol masing-masing menerusi Krzysztof Piatek dan Suso di San Siro.

Keputusan tersebut sekali gus membuka peluang buat pasukan Rossoneri apabila aksi terakhir bakal menjadi penentuan buat pasukan sama ada layak beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) atau sebaliknya selepas berada di kedudukan kelima Serie A dan hanya ketinggalan satu mata di belakang Inter Milan.

“Ia merupakan satu perlawanan yang sukar buat Milan kerana kita tahu Frosinone datang ke sini (San Siro) dengan penuh motivasi.

“Perkara tersebut membuatkan kami sedikit gentar dengan kehadiran pasukan pelawat, namun sebaliknya telah berlaku disebabkan Donnarumma.

“Donnarumma wajar diberikan kredit selepas dia membantu pasukan keluar dari kesukaran ketika berdepan skuad kendalian Marco Ba-roni.

“Buktinya kamu boleh lihat sendiri bagaimana persembahannya dan fokus pasukan kini adalah untuk berdepan perlawanan terakhir selepas ini,” kata Gattuso.

Bagi melengkapkan aksi terakhir, Milan dijadualkan akan bertandang ke Stadium Paolo Mazza untuk berdepan SPAL hujung minggu ini.

“Pada pandangan saya memang ramai yang tidak henti berbicara tentang Milan sejak aksi pramusim lagi.

“Saya merasakan kami telah buat apa yang sepatutnya dilakukan dan berharap Milan dapat menyelesaikan misi pasukan dengan sebaik mungkin,” ujarnya. – Agensi