Penghijrahan berkenaan disahkan oleh laman Facebook rasmi milik Johor Southern Tigers sebentar tadi sekali gus membuka peluang buat pemain berusia 22 tahun berkenaan untuk mendapatkan pengalaman dalam liga tertinggi Thailand.

Sebagai rekod, Trat FC kini berada di tempat keenam liga Thailand dan perjanjian pinjaman itu memberikan Dominic peluang mengembangkan bakatnya sebagai seorang pemain profesional di pentas antarabangsa. - K! ONLINE