Biarpun terpaksa memberhentikan permainan seketika untuk mendapatkan rawatan bahagian belakang badan serta kaki, namun keadaan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan corak permainannya.

Secara tidak langsung, Djokovic berjaya melebarkan lagi rekod kemenangannya dalam semua pertemuan mereka termasuk kemenangan pada pusingan keempat Terbuka Perancis pada tahun lalu.

Djokovic akan bertemu pemain Korea Selatan, Hyeon Chung yang mencipta kejutan dengan menghantar pulang pemain pilihan keempat, Alexander Zverev 5-7, 7-6, 2-6, 6-3, 6-0.

“Walaupun saya meraih kemenangan straight set, namun permainan berlanjutan sehingga dua jam setengah. Ternyata, ini bukanlah satu perlawanan yang mudah dan selesa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Angeli­que Kerber meranapkan impian Maria Sharapova untuk meraih gelaran apabila mencatat kemenangan 6-1, 6-3 dalam masa 64 minit untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia,

“Saya cuma berseronok setiap kali dapat mata. Saya ada banyak cipta memori indah di sini. Saya sudah jangkakan perlawanan bertemu Sharapova merupakan satu persaingan sengit,” jelasnya. – Agensi