Turun sebagai pasukan bukan pilihan memberi peluang kepada skuad negara untuk melakar kejutan ke atas Denmark yang pastinya tertekan bagi mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

Justeru ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek mahu para pemain manfaatkan peluang setiap kali pemain lawan melakukan kesilapan.

“Saya tak boleh dedahkan perancangan secara terperinci namun saya berharap pemain yang terpilih perlu mengekalkan ketahanan fizikal, mental dan emosi sepanjang perlawanan,” katanya.

Malaysia akan membuat perhitungan dengan Denmark pada pukul 8 malam ini.