Silva dilantik Mei lalu selepas pengendali terdahulu, Sam Allardyce dipecat kerana gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan The Toffees.

Justeru, Coleman gembira dengan corak permainan dite­rapkan Silva memandangkan dia seorang pemain yang lebih gemar bermain gaya menye­rang.

“Selepas pasukan ini di­ambil alih Marco, anda tidak dapat bayangkan corak permainan yang diperkenalkan oleh beliau. Saya akui falsafah serangan yang diper­ke­nalkan sangat menarik.

“Saya gembira bekerja de­­ngan beliau dan kami ha­rap­­­kan pasukan ini akan mengharungi musim yang cemerlang. Bagaimanapun, saya tidak mahu bandingkan beliau dengan jurulatih terdahulu,” kata Coleman.

Tambah pemain berusia 30 tahun itu lagi, Silva merupakan seorang pengurus yang sentiasa mengharapkan aksi terbaik daripada anak-anak buahnya selain bijak me­ngen­dalikan situasi di dalam bilik persalinan.

“Buat masa sekarang, si­tua­si di dalam bilik persalinan cukup harmoni walaupun beliau seorang jurulatih yang te­gas. Saya fikir kami sudah memulakan saingan musim ini dengan aksi positif,” ujar­nya. – Agensi