The Reds kini masih menerajui carta EPL selepas berkelebihan dua mata setelah menundukkan Chelsea 2-0 biarpun City telah membenamkan cabaran Crystal Palace 3-1 di Selhust Park kelmarin.

Bagaimanapun, The Citizens masih kekurangan satu perlawanan, sementara Guardioala yakin pasukannya tidak akan terlepas sebarang mata dalam lima perlawanan yang masih berbaki.

“Kami merasakan Liverpool akan menang dalam semua empat perlawanan yang masih berbaki, namun gelaran juara EPL musim ini sudah berada dalam tangan City.

“City perlu mengutip tiga mata dalam semua perlawanan jika mahu mengulangi kejayaan musim lalu.

“Perkara tersebut sudah sedia maklum kepada pemain dan mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan.

“Pada saya, tiada sebarang keraguan yang bermain dalam minda dalam misi mempertahankan kejuaraan liga musim lepas,” kata Guardiola.

Ketika bertandang ke tempat lawan, dua jaringan Raheem Sterling dan satu daripada Gabriel Jesus sudah cukup untuk memberikan tiga mata buat City, sekali gus memberikan tekanan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang sedang memimpin saingan EPL.

Sementara itu, gol sagu hati Palace diperoleh menerusi sentuhan Luka Milivojevic. – Agensi