Pasukan yang diberi jolokan The Citizens itu dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu yang menyaksikan pemain berusia 23 tahun tersebut mampu meraih pendapatan sebanyak £250,000 (RM1.3 juta) seminggu.

Pengurus City, Pep Guardiola menjelaskan, peluang Sterling untuk kekal bersama mereka masih ada kerana segala-galanya bergantung ke­pada urus niaga yang ditetapkan oleh ejennya.

“Saya bukan pengarah sukan dan mungkin juga bukan pengurus. Peranan saya yang sebenar ialah jurulatih yang perlu memastikan semua pemain berada pada prestasi terbaik.

“Kami akan gembira jika Sterling kekal di sini dalam tempoh yang lebih lama. Kami akan ber­usaha untuk memastikan diri­nya selesa bersama City. Secara peribadi saya pernah memberitahu Sterling bahawa saya sangat memerlukan khidmatnya.

“Pada akhirnya, segala urus niaga ini tetap bergantung kepada ejen yang dilantik,” katanya.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa England itu gagal menjaringkan sebarang gol di pentas Pia­la Dunia 2018, namun dia kekal cemerlang ketika bersama City pada sai­ngan pertama Liga Perdana England menerusi jaringan gol pembukaan ketika menumpaskan Arsenal 2-0 Ahad lalu. 
– Agensi