Bekas pemain No. 1 dunia itu mengakui bangga dengan aksi yang dipamerkan Lee Zii Jia serta Leong Jun Hao dalam usaha menyumbang mata buat pasukan biarpun tekanan yang diterima agak tinggi.

Menurut Chong Wei, ke­dua-dua pemain mengingatkan dia kepada dirinya yang bersungguh-sungguh mencuri peluang untuk mewakili negara ketika baru menapak di arena badminton.

Sehubungan itu, Chong Wei berharap prestasi Zii Jia terutama pada aksi menentang Denmark mampu memberi motivasi kepada pemain-pemain muda lain untuk lebih berani me­nyahut cabaran.

“Saya gembira dengan pres­tasi Zii Jia yang bangkit mengejar mata ketika menentang pemain berpengalaman Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus secara straight set.

“Saya harap dia kekal konsisten dan mampu untuk me­lonjakkan ke ranking ke-20 dunia sekali gus meletakkan aras baharu buat pemain-pemain muda kebangsaan yang lain.

“Jika dilihat peringkat antarabangsa, terdapat ramai pemain muda mula diketengahkan dan kita juga sudah perlu ada usaha sedemikian.

“Dengan ini, saya boleh berasa lebih tenang untuk me­ninggalkan arena badminton memandangkan sudah ada bakat-bakat baharu yang boleh meneruskan legasi saya,” katanya.