Bekas pemain No.1 dunia itu menegaskan, penyebaran video berkenaan berkemungkinan besar dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan kariernya selaku pemain badminton.

Bagaimanapun, pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui perkara itu berada di luar kawalannya selain sedia membuat laporan polis terhadap video tersebut.

“Itu bukan saya. Jika dilihat be­tul-betul, semua orang tahu bahawa itu bukan saya. Ramai orang me­nghubungi saya berhubung perkara itu dan saya hanya mampu tergelak apabila tahu mengenainya.

“Ia berada di luar kawalan saya. Justeru, saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” kata Chong Wei.

Tambah Chong Wei, perkara se­perti itu sedikit sebanyak menjejaskan maruahnya selain mengakui dia sering menjadi mangsa kepada individu-individu tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Mungkin saya tidak peduli de­ngan perkara seperti ini tetapi kadang-kadang ia akan memberi kesan kepada diri kita sendiri.

“Harus diakui, pasti ada orang yang tidak gembira dengan kejayaan kita dan perkara ini merupakan salah satu contoh kerana mereka akan lakukan sesuatu bagi menjatuhkan anda,” ujarnya.