Perlawanan menentang musuh tradisi, Lin Dan dari China kali ini tidak memihak kepada juara bertahan, Chong Wei apabila mengalami kekalahan straight set 16-21, 17-21 dalam masa 52 minit di Birmingham, England.

Menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com, menanti Lin Dan pada separuh akhir ialah rakan senegaranya, Huang Yuxiang yang menewaskan H.S Prannoy dari India dalam pertarungan se­ngit menyaksikan keputusan 22-20, 16-21, 21-23.

Seorang lagi jaguh badminton China, Chen Long turut ditunjukkan jalan keluar oleh rakan sepasukannya, Shi Yuqi dengan keputusan straight set 10-21, 17-21.

Sementara beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong sukar menandingi beregu nombor dua dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan kekalahan straight set 20-22, 11-21 dalam tempoh 43 minit.

Boe-Mogensen akan bertemu Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun pada separuh akhir hari ini.