Bagaimanapun, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yakin pemain tersebut mampu pulih sepenuhnya dalam masa terdekat apabila dimaklumkan kecederaan tersebut tidak begitu serius.

“Buat masa ini, hanya Swirad yang berdepan masalah kece­deraan iaitu kekejangan otot selepas sehari menjalani latihan bersama pasukan.

“Selepas membuat pe­meriksaan, pasukan perubatan memaklumkan kece­deraannya tidak begitu serius.

“Mengikut maklumat yang diberikan, Swirad hanya mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Selepas ini, dia mampu turun menjalani latihan seperti biasa bersama pemain lain sebelum berdepan Singa­pura pada 20 Mac ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Bukit Jalil semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi­ dua perlawanan pada Piala Airmarine 2019 iaitu bertemu Singapura pada 20 Mac ini dan Oman atau ­Afghanistan pada 23 Mac di Stadium Nasional, Bukit Jalil.