Menurut kenyataan FAM selain dua pemain itu, Tan Cheng Hoe yang juga pengendali skuad kebangsaan sejak 7 Disember lepas turut memanggil kapten Sabah Rawilson Batuil dan pemain tengah Kedah Muhammad Ariff Farhan Mat Isa bagi melengkapkan senarai 29 pemain.

Selain itu, Cheng Hoe turut menyenaraikan sembilan pemain Bawah 23 (B-23) negara yang membantu Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018 di China, Januari lepas.

Mereka ialah penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten B-23 Adam Nor Azlin.

Senarai terbaharu tersebut menyaksikan Cheng Hoe mengekalkan14 daripada 23 pemain yang dibawa ke Buriram, Thailand bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada November lepas.

Malaysia tewas, masing-masing dengan keputusan 1-4 pada dua perlawanan berkenaan yang berlangsung pada 10 dan 13 November lalu.

Sembilan pemain yang digugurkan pula ialah dua penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Khairulazhan Khalid serta Shahrom Kalam, Azrif Nasrulhaq BadrulHisham, Nazirul NaimChe Hashim, Amirul Azhan Aznan, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Hadin Azman serta Syamer Kutty Abba.

Latihan pusat yang bertempat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya itu adalah persediaan skuad kebangsaan bagi menghadapi Mongolia pada aksi persahabatan kelas 'A' di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac ini.

Skuad kebangsaan akan berdepan Lubnan pada aksi terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, Lubnan, 27 Mac ini.

Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu selepas menduduki tangga tercorot kumpulan B daripada empat pasukan dengan kutipan satu mata selepas beraksi lima perlawanan. - Bernama

Senarai29 pelatih:

Penjagagol: Haziq Nadzli (Johor Darul Ta'zim), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pemain Pertahanan: Muhd Fadhli Shas, Fazly Mazlan, S. Kunanlan, Adam Nor Azlin (Johor Darul Ta'zim), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Matthew Davies (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Kiko Insa (Bangkok Glass-Thailand), Mahalli Jasuli (PKNSFC),  Rawilson Batuil (Sabah)
Pemain Tengah: Safiq Rahim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail, Natxo Insa, La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta'zim),
Akram Mahinan dan Muhammad Ariff Farhan Mat Isa (Kedah), Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (FeldaUnited), Syahmi Safari (Selangor)
Penyerang: Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Safawi Rasid, Muhammad Syafiq Ahmad(Johor Darul Ta'zim), Akhyar Rashid (Kedah).